Tuesday, January 27, 2009

yaya!!!!!


Sekolah bestari dinaik tarafOleh SAIFULIZAM
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Sekolah bestari akan dinaikkan taraf
kepada sekolah kluster jika mencatatkan pencapaian cemerlang dari segi prestasi
akademik dan kokurikulum.Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, salah satu sekolah bestari yang akan dinaikkan taraf kepada sekolah kluster tidak lama lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di Gombak.Menurutnya, dengan kesediaan kerajaan membuat perubahan seperti itu, beliau yakin tahap pencapaian bidang pendidikan di negara ini akan lebih maju dan gemilang.Katanya, jika semua pihak mendokong cita-cita itu dengan
bersungguh-sungguh, pencapaian Malaysia boleh dianjakkan sehingga setaraf dengan
negara maju."Saya berharap pencapaian SMK Sungai Pasu akan dicontohi
sekolah-sekolah lain. Mereka berjaya kerana wujudnya kesungguhan daripada semua pihak," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sentuhan Kasihan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Pusu dekat sini malam ini.Dalam pada itu, Hishammuddin meminta semua guru
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya pelajar di negara ini mendapat
pendidikan yang terbaik."Inilah tujuannya kita mewujudkan sekolah bestari dan
sekolah kluster selain beberapa sekolah yang lain, sebab kita mahu para pelajar
cemerlang dalam apa jua bidang."Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya jika
guru-guru gagal meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, saya menyeru mereka
komited melakukannya dengan sebaik mungkin," katanya.Petikan berita Utusan
Online 26hb Januari 2009
Posted by admin_smksgpusu at 3:58
PM
0 comments
beginilah post yang berada dalam smksungaipusu weblog...
i'm happy to read this as i cant join the dinner because the RM100 chairs (chairs and tables must buy to get a place there) were sold and RM200 and RM300 left and my mother cant afford it. But, my friends who are ketua pelajar and ketua pelajar asrama were invited to the dinner. I was very sad because it was a grand dinner with Dato' Seri Hishammuddin been there..................
I was happy as my school will be upgraded to be a cluster school which the school has the autonomy in their pengurusan(please translate this). That's what i read in newspapers. My school also will observed by the ministry huhu...i cant wait for this!!!!
p/s can you correct my grammatical problems???

1 comment:

Syue said...

sarah!!aritu aku jmpe hishamuddin taw. jeles x? :)