Monday, September 13, 2010

Puding Roti Jagung - sebuah resepi balek kampus.

salam....

selamat hari raya ke-empat,

semalam dan kelmarin balik kampung, tapi semalam mak saya suruh buat puding roti jagung. At first, rasa cam, aiyooo~~~ malu sungguh, yer la kena kacau planta+gula+telur+susu kat depan tv sebab kat situ je ade plag kosong. Tapi berbunga jugak la hati bila atuk nenek pakcik makcik sepupu sepapat komen, sedapnya :)))) Kenapa resepi balik kampus? Sebab resepi ni sesuai dipraktikkan kalau balik rumah time weekend and cuti mid-sem, cuti raya, dan sebagainya. So easy and delicious (kalau jadila)

To be honest, korang mesti pernah buat puding roti kan? tak kesah lah puding roti biasa ke puding roti pisang ke (pernah buat), puding roti coklat ke (mak saya buat) puding roti jagung ke (eksperimen yang menjadi) and whatsoever roti pisang, so let's begin the discussion untuk buat pelbagai puding roti mengikut cita rasa. Amacam?

Puding Roti Jagung

Bahan-bahan 


  • 2 sudu besar mentega (planta or buttercup tak kesah, jangan soft margerine takut tak jadi)
  • 1 1/2 cawan gula (guna standard cawan penyukat, jangan guna cawan mug)
  • 2 biji telur (buang tali pusat, nanti hanyir)
  • 1 3/4 (1.75) cawan susu sejat (susu segar boleh jugak tapi nanti lembik pulak)
  • 7/8 keping roti (tak kesah gardenia ke high5 ke asalkan roti, roti buat sendiri boleh jugak KOT)
  • Corn kernel in da cream (alahhh yang dalam tin tu, nak yang takde krim boleh jugak, tapi better ade krim la)
  • Kismis (suka hati la nak letak ke tak nak, sedap jugak kalau letak)


Cara-cara


  1. Masukkan mentega dan gula dalam bekas yang agak besar, contoh: bekas aiskrim. Kacau mentega dan gula. Kacau sampai jadi putih, tapi takyah pun takpe, at least, the lighter the yellow, the better the bancuhan. Guna la hand-mixer machine ke tangan manual ke, 2-2 boleh.
  2. Masukkan telur 2 biji tu, kacau sampai berbuih-buih
  3. Masukkan susu, kacau sampai berbuih-buih jugak
  4. Koyak roti elok-elok dan rendam dalam bancuhan tadi. Bagi semua pieces of roti tu kuyup dengan air bancuhan, jangan ade putih-putih. Bila dah rendam, korang mesti nampak ade planta-planta yang tak soluble kan? tak pe jangan risau, planta tu gunenye nak bagi ade nampak kaler gold kat permukaan puding roti tu.
  5. Susun roti-roti tu elok-elok jadi 1 layer, dalam satu bekas yang tidak terlalu tinggi (better bekas casserole atau bekas tahan panas yang cantik sebab susah nak terbalikkan).
  6. Ratakan jagung krim tu atas layer roti tadi, ikut suka hati nak banyak ke nak sikit. Tabur kismis.
  7. Ulang step 5&6 sampai roti habis. Kalau ade lagi bancuhan yang tinggal, siram atas layer-layer roti tadi dan kalau ade planta yang tinggal, ratakan atas puding roti tu (rujuk no. 4)
  8. Panaskan ketuhar (yes, ketuhar) dengan suhu 180 degrees Celcius (453 degrees Kelvin) selama 5-10 minit.
  9. Masukkan pra-puding roti tadi dalam ketuhar dalam suhu yang sama, selama 35-40 minit.
  10. Siap dan potong je dalam bekas dan hidang dalam bekas tadi :)

10 steps je,,, (memang nampak banyak tapi senang je) Boleh buat dalam masa 15-20 minit (except masa ketuhar). Memang delicious, menjilat jari. Selamat mencuba~! :)

p/s kalau ade resepi yang better, kongsi-kongsi lah ye. :)

Friday, September 10, 2010

mesej-mesej raya

salam... pelik ya, post tentang raya dah ade, still nak ade post raya lagi???

hehe saje nak wat gempak (ops~! what am i writing?)

tak, tak, sebenarnya, inbox telefon bimbit saya mula penuh dengan mesej-mesej raya yang agak kreatif, tapi saya tak tahu la kalau anda semua pernah dengar... So, saya nak kongsikan dengan anda semua

-terima kasih Nokia PC Suite keke...

#1
B4 the bäzär Ends

b4 då blöckbùstèr mövìés stärts,
b4 dä öpèrätørs r bùsy
n
b4 dä ghost free,
wish U selamat hari raya!
määf zähìr n bätin

#2
ANDAINYA,

TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERtuduh perkara yang tak benar,
TERpekak bila ditanya daN dipnggiL,
TERnasihat tak kena gaya,
TERpinjam dan
TERlupa pulangkan segera,
TERmoody tak semena-mena, dan
"TER"macam-macam lagi yang TAK SENGAJA dan SENGAJA,
Memohon maaf ZAHIR DAN BATIN & Selamat Hari Raya..

#3
TuNgGu-tuNGgu RAyo dAH dokek,BAKo loMANg, Robuh ketupek,NAk ANto kAd rAyo dA tAk soMpek, ANto sMs Jo yANg copek,'SoLAmAT ARIe RAyo MAAF ZAHIR BATIN'...:-)

#4
B4 ÄidilfitRI datang,

B4 RamAdan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abis,bEk cpt2 ucApkN sElAmAt hAri rAyA aidilFItri mäÅf zäHir & BÄtin..:>
*cam lebih kurang je ngan yang first tadi?

#5
Pejam celik2,dah lama tak jumpa,pejam celik2 dah 30 hari posa,makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa,smentara masih celik,banyak2lah buat pahala,sblum pejam tak celik2 harap maaf jika trslah kata,slmt hari raya.,sblum pejam tak celik2 harap maaf jika trslah kata,slmt hari raya.

#6
Selamat Hari Raya! Dptkan 15% masabual PERCUMA dgn isian RM15 keatas ATAU 30% dgn isian RM30 keatas. Maksima masabual PERCUMA RM30. Sah dr 6-7Sep.Terma&Syarat
*from telco =.='''

yang lain seperti biasa lah, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin, kullu 'am wa antum bi khair :)


Wednesday, September 8, 2010

Kullu 'Am wa Antum Bi Khair

Salam...

kali ini bukan pasal bio ye (Asma' jangan risau XD)

Tinggal sehari sahaja lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita dan Syawal menjengah.


and, alhamdulillah, jumpa jugak ekad raya yang sesuai dengan blog ni (refer url keke)



SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DAN PEMBACA BLOG JIKA ADA TERSALAH SILAP SERTA TERLANJUR KATA.