Friday, August 27, 2010

antara gajah dan budak kecik

salam...

antara gajah dan budak kecik, apa kaitan?

ada satu kaitan, sebab 2 subjek spesimen kita kali ni, memang ada dalm biologi. hahaha, biologi lagi. don't say anything, its my love :))) (walaupun tengah frust tajuk 8 slack sungguh SLT tadi T.T)

ok, kite teruskan dengan topik kita, Gajah? Apa yang selalu kita fikir kalau ada orang kata perkataan ni? BESAR. (jangan tipu, ni memang kebiasaan kita)

ni gajah LEGO. googleimage
Bila sesuatu organisma besar dan kompleks, apa yang boleh kita katakan ialah nisbah jumlah luas permukaan per isipadu (total surface area per volume - TSA/V) adalah sangaaaaaaat kecik! sebab GAJAH SANGAT BESAR. Bila TSA/V-nya kecik, ia tak dapat mengeluarkan haba dengan baik. Nak tahu dekat bahagian gajah yang mana paling panas? PERUT.

kiut. googleimage
Apa guna telinga gajah yang besar tu? Sebab tajuk kita sekarang ni pengaliran haba, cuba lah teka? KIPAS. betul, dan satu lagi, di telinga gajah lah, tempat yang PALING BANYAK salur darah, dan tempat yang strategik untuk melepaskan haba. Subhana-Allah ....

budak kecik pulak.....

googleimage.
Ok kita dah taw pasal TSA/V gajah sangat kecik, so budak kecik, cuba teka, teka~ BESAR~~! Good pandai masing-masing. :)

So, just terbalikkan fakta-fakta yang ada dekat gajah tu. TSA/V-besar, pengaliran haba sangat baik.... so haba banyak keluar, baby tu nanti sejukkkkk, tak ke kesian???

tak tahannnn. googleimage, credit as tagged
so, mengapa bayi perlu dibalut-balut??? sebab nak bagi haba tu still intact dengan badan diorang, sejuk-sejuk nanti demam nanti....
Ingat baby-baby tu dipakaikan topi, sebab nak tunjuk cantik je ke?-cikgu shamsiah

Thus, sudah pun sampai masa untuk kita berpisah lagi.... mungkin minggu depan, insya-Allah saya update, sebab minggu depan (jumaat) balik raya~~ dan juga preparation for final sem =.=''' 


Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal 13 hari lagi. Salam 'alaik, 'afwan :)

Saturday, August 7, 2010

antara cameraphone, compact camera or dslr....

salam...

setelah lama tidak mengupdate blog ini serta sakit telinga mendengar complain-complain rakan-rakan yang dahagakan post-post baru (ops, rekaan semata-mata)

setelah bercuti  selama seminggu sebelum mid-sem, dan sudah pun mengakhiri mid-sem pada hari ini, tuntasnya, saya punya idea nak update blog ini. Sebenarnya memang dah ada idea nak update tapi, merewang-rewang pulak idea tu, sampai takleh nak capai dah. But at least saya update jugak kan kan kan :)))

taken by nokia 5130 xpressmusic, 2.0 mp, edited using photoscape, copyright SASPRO STUDIOS
ok, gamba kat atas tu ditangkap menggunakan cameraphone dan sudah diedit untuk memberi kesan nostalgik kepada gamba tersebut.

Pada pendapat saya (ecehhh) cameraphone memang handy, dan saya sangat bersetuju dengan sesetengah syarikat pengeluar telefon bimbit untuk menaiktaraf built-in camera yang ada dalam telefon bimbit sekarang, terutamanya Sony Ericsson yang menerajui industri ini. 

Prove? yes built-in camera dekat handphone memang handy. Contohnya, seperti saya dekat USIM yang sungguh luas. Perlu jalan dan naik tangga kalau nak pergi ke Library. Fyi, saya memang suka tangkap gamba langit nan biru (ecehhhhh). Takkan lah saya nak bawak compact camera ( yang size nyer tak compact sangat sebab canon powershot nyer series) semata-mata untuk tangkap gambar langit on the way to library???

USIM sangat luas dan lapang, dan dekat mana-mana area pown dalam uni tu, langit nampak saaaaaaangat luas, compared to KL. Bile panas terik, langit tu nampak so blue, Subhanallah...

CAMERAPHONE
Pro: handy, teknologi makin baik
Contra: susah nak view dalam komputer kalau tiada kad reader for microsd cards. quality low

ok, turn to compact camera pulak. Compact camera bagaikan satu alternatif yang baik untuk para peminat fotografi yang tak mampu nak beli dslr. Kamera cam ni jugak suitable untuk peminat fotografi yang tak tegar sangat. Just dapat gamba yang menarik dan memuaskan hati, ok lah. Dan bukan satu keperluan pown dslr tuh (padahal dalam hati nak sangattttt)

But as photographer sekolah, compact camera bagaikan tak lengkap kalau takde. Sebab, kalau camera sekolah tengah digunakan, kamera sendiri jugak yang kena guna. Teringat pulak jadi camera(wo)man sekolah, bukan setakat aktiviti sekolah, aktiviti asrama pown kene gak. So bile, tiada kamera sekolah, kamera sendiri pown dilambakkan dengan gambar-gambar aktiviti sekolah. Fyi, hampir semua koleksi gambar yang saya ada ialah gambar aktiviti-aktiviti sekolah.

Tapi apa yang bestnyer ade compact camera ialah functionality nya. Compact camera ade micro mode, cameraphone sesetengah je ade (in my case, takde sebab camera 2mp je). Micromode kalau pandai gune, memang cantik gambarnya. Micro mode selalunye digunakan untuk menangkap gambar close-up sesuatu. Compact camera sesuai dengan namanya, mengecilkan saiz (dan juga functionality dan kualiti) yang ada pada DSLR.Walaupun begitu, ianya cukup bagi saya untuk produce-kan sesuatu dengan menggunakan canon powershot a470 saya. Contohnya; ( nasib baik pernah upload dekat flickr....)


IMG_1551
ni lampu dinding k. jangan konfius |:)
nampak tak??? dengan sedikit editing (photoscape, not photoshop), saya dapat satu feel yang berlainan dengan satu gambar yang sama

IMG_1551
canon powershot a470, edited using photoscape, copyright SASPRO STUDIOS
still saya tetap ada gambar-gambar langit (sebab saya suka usha langit) menggunakan compact camera, n still saya lebih prefer compact camera sebab functionality, yes better functions do better pictures... so, its verdict's time~
IMG_1054
Ani, angkat baju, hari maw hujan~~~

COMPACT CAMERA
Pros: still handy but a bit larger than phones, functionalities, better picture qualities, murah sikit
Contra: tak se-handy cameraphone, tak se-best dslr, harga ikut company, banyak sangat pilihan (haha!)

ok last but not least, dslr, stands for digital single-lens reflex(betulke?). Mechanism dslr ni budak-budak sekolah  menengah belajar, dalam sains Tingkatan 3 or fizik, saya tak ingat (aiyoo, baru je abeh sekolah). Senang cerita, orang memang look forward for dslr, nak lagi orang yang betul-betul minat nak jadikan fotografi sebagai hobi atau pekerjaan. Gambar-gambar yang ditangkap menggunakan dslr memang cantik and puas sangat. But for sure, harga pown cantekkkkkk sangat, paling murah, rm1K, tak mampu la... 1K tu boleh buat nak beli laptop taw.

1 thing bout dslr, body harga laen, lens harga laen, ouch~! adoiii susah.... body pown dah ber-k-k harga, apatah lagi kalau campur dengan lens. Tapi takpe, sebab im not into photography sangat, i juz like the photography things, and wanna kill time ;) Verdicts!

DSLR
Pro: puas, good quality, functions .. boleh buat leleh(ape ni?)
Contra: harga cantik sangat, errr, tak handy langsung.

ok, its the end. juz starting antara...... or....... series. Wahhh panjangnye post! tulah penangan da lamer tak update blog, ade je nak cerita, bile selalu update, takde idea,

sebelum saya menoktahkan update saya kali ni, terimalah pantun moden saya,
kamera cantik, kamera handy
gambar cantik, puas hati
hehe, spread the love k, wassalam....