Wednesday, November 12, 2014

The end

Salam

Tengah-tengah hari hujan pulok sekarang dekat Nilai. Tadi baru lepas balik dari Canselori, jamuan makan dengan kakitangan Pusat Pengurusan Penyelidikan. Kenapa? Haha maybe lepas-lepas ni aku buat satu post panjang kenapa haha.

So kenapa the end? apa yang dah habeh?

Jawapannya?

Naruto.

yeah manga Naruto yang femes tu. Dah habeh dah 700 chapter. Aku awlanya dah agak dah time dia sentuh 600+ chapter tu rasa cam tinggal sikit ja encik Kishimoto nak bawak dalam manga ni. Rasa macam pengakhirannya sudah semakin hampir. .... ecewahhhh.

Tapi siyesla, aku ingat lagi, masa sekolah rendah dah berjinak-jinak beli majalah Kreko (Komik Remaja). Nampak Naruto lah Death Note lah macam-macam lah. Kebanyakannya tak follow sangat pun. Yang betul-betul tarik minat yang baca dari kreko, bila dah pandai guna internet, back track and follow sampai habis.

Aku malas nak buat sinopsis, cerita ni banyak 'arc'nya, panjang ceritanya. Tengok saja wikipedia dia. Senang saja baca summary.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku usha Facebook, adala sorang ni share pasal Masashi Kishimoto, creator manga Naruto ni. Buat pertamaaaa kalinya aku usha gamba encik Kishimoto ni.

encik kishimoto, 40 tahun baru, mudanya...

Dah 15 tahun dah Naruto ni. Dari tahun 1999 (aku darjah satu) sampai 2014 (aku dah tahun 4 degree). Basically aku membesar dan bersekolah dengan cerita ni haha. Cemana cerita ni boleh jadi panjang sangat sampai 15 tahun? Encik ni kata

The story lasted for such a long period because the characters “stuck it out.” When I attempted to quickly offer an answer (to issues raised in the story), the characters did not allow me to do so. If I had made them act as I wished, the reality would have been lost.

Ha gitu. Dia kata kalau dia tak panjangkan cerita, jadi banyak loopholes. Banyak persoalan yang datang. So better dia explain satu-satu and tadaaah dah habih sobs.

Encik Kishimoto akan bekerja secara langsung dengan team Original Video Animation (OVA) Naruto yang terakhir "The Last: Naruto the Movie". Apa kata dia?

The latest film is a love story. It will depict what happened between the 699th and 700th manga episodes. I designed the characters and helped make the story. Although I wanted to write about the romances of Naruto and his friends in the manga series, it was too difficult. I am not good at writing romances because I feel embarrassed when trying to do so.

Tak sabar rasanya nak usha cerita ni. Siyes chapter 699th tu aku nangis, yerlah pengakhiran yang gembira (oops spoiler!).

So sekian saja, ciao Assalamualaikum.

Sumber gambar dan temubual: https://www.facebook.com/MasashiKishimoto74/photos/a.479312458771425.98185.479295762106428/785212758181392/?type=1&fref=nf

Tuesday, November 11, 2014

Tahun 4

Rasa macam nak tulis lagi pulak. 

Pejam celik-pejam celik, tidur bangun balik, tidur bangun balik, nak habis dah semester 1 tahun 4 aku ni. Macam-macam dah jadi, macam-macam dah dapat. Naik turun lif dah, naik turun tangga dah, naik turun emosi pun dah. Tempat latihan industri mohon dah, tempat latihan industri dapat pun dah (alhamdulillah).

Naruto pun dah habis dah ;____; 700 chapter habis dah (siyes aku tak baca semua, part shippuden ada yang aku miss tak silap, satu keje nak backtrack lol)

Tinggal menghitung hari nak siapkan tesis. Nak emotional breakdown aku rasa cam dah tak sempat dah. Biarlah, go on je lah. Teruskan je lah.

Macam-macam yang jadi ni malas pulak nak tulis dekat sini. Sorrylah. Siapa yang follow twitter aku, famili aku, kawan se-universiti aku, budak bilik aku tau lah apa yang terjadi sepanjang lima tahun aku dekat bumi Nilai ni.

Well, orang pun kata, apa guna kau post cerita-cerita sedih hidup kau. Apa kau ingat kau nak tagih simpati? Siyes aku baca ayat tu kat twitter, yer lah twitter kan aku kata senang nak post segala bagai. Kau sedih kau terus post, kau gembira kau post. Bila kau post yang kau cam kena emotional breakdown segala bagai, kau dicap 'attention whore' atau 'penagih simpati' orang.

Ah, apa aku kesah. Yer dari sudut hati aku, aku nak at least sorang kata 'fighting! don't be sad', well aku buat gitu kat orang, tak salah kan aku nak jugak rasa gitu. Bukan aku tak pernah dapat that kind of reply, so aku senang hati sajor sekarang ni, (kalau tak cemana lah aku leh tulis 2 blog update panjang jela-jela gini).

Semester depan nak LI, tahun depan konvo (ya Allah berilah aku peluang untuk konvo on time). 

That's all. Terima kasih baca sampai bawah. InsyaAllah aku try update benda-benda yang lagi spesifik, nak saja nak test-drive. lol.


Assalamualaikum :)

Inspirasi

ini post yang ditulis gaya aku bercakap real-life. Ya aku cakap dengan 'aku'. Bagi aku (dan jugak disokong oleh kawan aku) penggunaan aku-kau rasa lebih rapat. Senang nak 'voice-out' kononnya.

Inspirasi.

Dulu (sekarang jugak tapi tak sempat) suka sangat bukak design blog, usha tumblr orang, usha blog orang, usha website tengok design-design yang smart and menarik. Terasa 'terinspirasi'. Yeah kalo korang usha design-design yang aku buat untuk events, aku ada design yang aku guna as basic reference dan lalu diolah jadi something yang kononnya inspired. 

kononlah. 

And one time dulu, aku jumpa blog sorang ni, kind of kpop-blog and design. One of the first few (and a only a few actually) malaysian blog yang aku jumpa cenggitu. kpop, designer and post dia sangat interesting. One of the thing yang aku nampak time tu ialah layout blog dia. Simple gila. 

Nak dijadikan cerita

That's what I base of for this blog's layout. Aku tak sentuh langsung dia punya coding ke hapa. Aku usha, pastu aku nampak ada basic blogger template yang memang blogger dah sediakan. Aku guna and ta-dah. Nilah jadinya. 

And then.

aku tak pasti, kalau the person yang aku guna blog dia as reference tu rasa aku curi idea dia. Sbb memang aku time tu selalu bukak blog dia (dah suka, aku bukak lah selalu). Aku tak reti nak coding apa benda, yang coding aku tau ialah tukar benda-benda simple dalam tumblr, cam tukar font, color or letak link page. Tu je. But time tu memang aku admit aku check satu-satu dia punya layout. Size font cemana lah semua. Setakat tu je. Aku tak buat ctrl+shift+I nak dapatkan coding dia. Aku just compare-compare gitu. Aku fikir, kalaulah layout ni lebih kurang cam tumblr aku kan best, nampak lawalah sikit. Aku fikir gitulah.

Suddenly

Aku bukak balik blog dia, aku terasa macam...

Dia suspect aku curi idea blog dia, aku try fikir positif, bukan aku yang dia maksudkan... aku tak tahu. Well, time tu aku betul-betul cam nak take the challenge, blogging selalu balik, dah lama tak blogging. Bila dilabel cam tu, aku terus rasa aku hilang 'passion' nak teruskan blogging. Sekarang aku pun dah cam lost, apa guna aku blogging? Aku dah macam blogging dah dekat twitter, lagi best, real time dah boleh bagi tau apa yang berlaku kat sekeliling aku. Senang cerita, tak payah nak karang-karang segala bagai. Kat twitter pun dah sampai 90 ribu post... heh.

Entahlah

to that blogger, kalau lah. aku ulang 

/kalau lah/ awak baca this post, saya mintak maaf sangat, tak niat nak curi idea layout blog awak. Sorry kalau buat awak rasa macam tu. 

That's the difference kalau aku cakap dengan orang. Although korang yang baca ni maybe aku tak kenal sorang pun, aku menulis ni aku rasa cam aku cakap dengan komputer yang aku guna ni, lol rasa rapat dengan komputer lak haha. Yang kawan rapat or dah kenal lama, senang ja nak ber-aku-kau, tapi yang tak kenal, nak cakap [depan] tu, of course la aku guna saya-awak. formality lah katakan.

Well, ciao. Assalamualaikum. 

p/s: seronok jugak menulis cam ni haha.