Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan menjelang tiba

Tahun ini, kita menyambut Ramadhan betul-betul setelah kita menyambut Hari Kemerdekaan kita, iaitu, pada 1 September 2008. Ramadhan ialah satu bulan dalam kalendar Islam di mana kita wajib berpuasa sepanjang bulan ini dan itu adalah satu kefardhuan. Disebalik semua benda mesti ada hikmahnya. Pelbagai hikmah kita boleh perolehi di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Ada yang mennyamakan bulan ini sebagai satu akademi taqwa untuk membentuk ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan pelbagai ibadah wajib dan sunat. Dengan berpuasa, kita seharusnya membayangkan keadaan mereka yang tidak berkemampuan untuk makan seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Kita juga perlu ingat kepada rakyat negara yang bergolak, rakyat Palestin, Afganistan, Iraq dan banyak lagi. Mereka tidak dapat mampu makan seperti kita di negara ini. Saya doakan anda semua dapat menyambut Ramadhan sebaiknya dan semoga digandakan pahala anda di bulan yang mulia ini.

Wednesday, August 13, 2008

project-based learning

kelas saya, 4 ibnu sina, telah dipilih sebagai kelas yang menyertai program project based learning yang berteraskan ict....kami telah diberi tajuk can sulphuric acid be our friend? kami diberi juga pilihan untuk membuat presentation of learning sebagai hasil daripada project ini. pilihan yang diberi ialah membuat pameran yang diletakkan di atas mounting board dan dibentang dihadapan 2 kelas aliran sains yang lain dan juga membuat laman web. laman web kumpulan saya ialah www.freewebs.com/chemist-ibnusina

maaf hari ini ringkas sahaja ;<........................................................................
..............................................................................................................................

Monday, August 11, 2008

kem mppa

Tanggal 8 Ogos yang lalu, buat julung kalinya smksp menganjurkan kem majlis perwakilan pelajar asrama di teluk batik. Kami menanggap ia outstation kerana kami membawa segala idea garapan kami dan juga permasalahan pelajar2 asrama untuk dibincangkan bersama. kami juga membuat lawatan ke 2 buah sekolah iaitu smk sultan azlan shah dan smk ahmad boestamam. Kami membuat lawatan silaturrahim dan juga pada masa yang sama membuat perbincangan tentang pengurusan asrama bersama 2 buah sekolah tersebut. pelbagai idea dikeluarkan untuk menjadikan asrama smksp ini terus maju pengurusan dan juga cemerlang. kami juga diberi ceramah oleh penolong kanan kami, Pn Noraizan dan juga oleh ketua warden smk ahmad boestamam tentang pengurusan asrama. sesungguhnya kami mengharapkan segala pengorbanan yang telah dikeluarkan pihak sekolah untuk menaja kami akan kami gunakan sebaik mungkin untuk menjadikan asrama smksp ini asrama yang cemerlang....

p/s maaf malas nak tekan shift untuk besarkan huruf....:>