Monday, July 28, 2008

komputer....

di mana-mana sahaja, kita telah maklum bahawa penggunaan komputer sangat penting dalam hidup kita. Komputer merupakan satu mesin yang mempunyai pelbagai komponen yang amat rumit. Tetapi komputer merupakan satu mesin yang tidak berguna jika tiada perisian yang di'install'kan. Tanpa perisian, komputer merupakan satu mesin yang tidak berguna lalu sia-sia dan menjadi sampah dalam hidup kita.....

tetapi adakah kita perasan bahawa penggunaan komputer kadang-kadang menyusahkan kita. Terutama sekali jika komputer itu hang atau rosak angkara serangan virus, worm, trojan dan pelbagai anasir penjahanam komputer yang lain.... Kesannya, kita akan kehilangan wang untuk membayar kos penyelenggaraan dan juga masa apabila kita terpaksa menunggu agak lama untuk komputer kembali berfungsi seperti biasa.

Komputer juga kadang- kadang menghalang berkembangnya daya kreativiti seseorang. Saya mengakuinya kerana saya terpaksa bergantung kepada komputer untuk menyiapkan folio saya. Apabila perlu memerlukan kerja tangan, saya hanya mampu buat yang simple-simple sahaja....


sekian buat hari ini....saya akan menyambung kemudian...

2 comments:

Tawel Sensei said...

Buat folio guna komputer? Ku teringat zaman sekolah menengahku yang masih banyak bergantung kepada tangan untuk menyiapkan folio :)

Sarah Alia Shahrim said...

huhu sesungguhnya membuat folio menggunakan komputer ialah trend zaman kini dan juga sebagai satu kewajipan bagi saya......sebab tak pandai nak guna tangan.....