Tuesday, July 22, 2008

sedikit informasi

saya telah membaca majalah Dewan Siswa Julai 2008 terbitan DBP...tajuknya bulan ini ialah..LEDAKAN BLOG, DI MANAKAH REMAJA.

berikut adalah antara isi-isinya di dalam artikel tersebut.


  • blog ialah media siber paling berpengaruh dan berkesan

  • jumlah laman blog bertambah setiap hari dan berdasarkan kajian, blog berkembang sebanyak 20% setiap bulan.

  • tetapi jika diteliti, jumlah blog yang disertai remaja adalah amat kecil.

  • ini demikian kerana remaja masa kini lebih tertarik dengan laman sembang seperti friendster, myspace, facebook dan sebagainya.

  • ada juga disertakan laman web blog Anya Peters yang terkenal dengan blognya tentang kehidupannya yang hanya tinggal di dalam kereta dan akhirnya coretan itu dibukukan

  • agak menyedihkan apabila blog kini disalahgunakan sedangkan dunia blog itu sendiri ada manfaatnya.

  • laman blog juga mudah diuruskan berbanding laman web yang biasa.

  • blog dan memblog ialah fenomena baharu yang menarik kerana kita bebas menyuarakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu asalkan tidak berbentuk hasutan atau fitnah.

inilah antara isi-isi yang saya baca.


bagi saya, fenomena memblog ini telah lama hadir dalam kalangan masyarakat kita. Cuma ramai yang tidak terdedah atau tidak ambil pusing tentang blog ini. Blog mula popular di negara kita semenjak Pilihan Raya Umum ke-12 apabila blog merupakan satu media yang memaparkan pelbagai agenda politik yang berlaku di negara ini. Mereka yang didapati menulis perkara yang bertentangan dengan arus politik pada waktu ini akan dikenakan hukuman seperti yang terpapar di dada akhbar sekarang.


inilah sahaja pandangan saya sebagai orang baru dalam arena blog ini............................:>

No comments: