Monday, August 11, 2008

kem mppa

Tanggal 8 Ogos yang lalu, buat julung kalinya smksp menganjurkan kem majlis perwakilan pelajar asrama di teluk batik. Kami menanggap ia outstation kerana kami membawa segala idea garapan kami dan juga permasalahan pelajar2 asrama untuk dibincangkan bersama. kami juga membuat lawatan ke 2 buah sekolah iaitu smk sultan azlan shah dan smk ahmad boestamam. Kami membuat lawatan silaturrahim dan juga pada masa yang sama membuat perbincangan tentang pengurusan asrama bersama 2 buah sekolah tersebut. pelbagai idea dikeluarkan untuk menjadikan asrama smksp ini terus maju pengurusan dan juga cemerlang. kami juga diberi ceramah oleh penolong kanan kami, Pn Noraizan dan juga oleh ketua warden smk ahmad boestamam tentang pengurusan asrama. sesungguhnya kami mengharapkan segala pengorbanan yang telah dikeluarkan pihak sekolah untuk menaja kami akan kami gunakan sebaik mungkin untuk menjadikan asrama smksp ini asrama yang cemerlang....

p/s maaf malas nak tekan shift untuk besarkan huruf....:>

No comments: