Thursday, July 24, 2008

sedikit informasi yang sy dpt dari blog hembusan

ini adalah tips untuk memberi nama blog yang saya dapat dari blog hembusan yang ada linknya di blog saya....harap dapat informasi nya



4 Tips Memberi Nama Blog
Sunday, 20 July 2008 •

Mungkin ada yang perasan bahawa blog ini sudah tidak lagi dinamakan sebagai The Forgotten Lessons. Sekarang ini, 100% Hembusan ;). Tujuan utama saya menjenamakan semula (re-branding) blog ini adalah untuk memartabatkan lagi bahasa kebangsaan kita.Kepada sesiapa yang berura-ura untuk memulakan blog pula, ini 4 tips dari saya ketika memilih URL blog:

1) Kalau boleh, tajuk blog mesti sama dengan URL blog. Ini bagi memastikan identiti blog kita lebih jelas dan mudah diingati orang. Sebelum ini, ada yang memanggil blog saya sebagai Hembusan dan ada juga yang memanggilnya The Forgotten Lessons. Saya mendapati hal ini menyebabkan identiti blog ini seakan terpecah dua.Blog adalah ibarat sebuah produk. Mempromosikan satu produk dengan 2 nama yang berbeza akan mengelirukan pembeli.

2) Jika anda tidak bercadang untuk sekurang-kurangnya berkongsi secebis daripada kisah hidup anda, maka elakkan dari menggunakan nickname atau nama sendiri sebagai URL blog. Contohnya kalau nama anda Ahmad Ishak dan blog yang anda tulis terlalu menjurus tentang kemelut politik dunia, maka menggunakan alamat AhmadIshak.wordpress.com adalah agak non-sense.Namun jika anda adalah seorang ahli politik, selebriti atau artis, menggunakan nama sendiri sebagai URL adalah lebih praktikal; baik kepada diri sendiri (memudahkan promosi diri) mahu pun kepada penyokong atau pembenci anda (menyenangkan mereka mencari blog anda).Sebab utama mengapa blog Shabery Cheek masih tidak muncul [1] di muka pertama carian Google adalah kerana beliau menggunakan URL NotaShabery.com.

3) Jangan letak nombor yang bersifat tahun atau umur pada URL blog. Contohnya hembusan2008.blogspot.com, kerana pada tahun 2010 nanti, URL blog itu kelihatan seperti sudah sangat luput (expired).Kalaulah Windows Vista dinamakan sebagai Windows 2007 (kerana ia dikeluarkan pada tahun 2007), maka pada tahun 2008 ini, ia nampak seakan sudah ketinggalan zaman. Sebenarnya ini hanyalah sesuatu yang bersifat psikologi. Oleh itu, pastikan nama blog anda itu kelihatan segar sepanjang zaman!4) Ringkas dan mudah untuk diingati. Kalau boleh di bawah 15 huruf kerana ini akan memudahkan seseorang untuk meng-Google dan melawat blog anda. Contohnya nama blog jiilun-quraanun-fariid, walaupun cantik maksudnya, namun ia amat panjang dan susah untuk orang nak ingat. Kebarangkalian untuk berlaku typos adalah agak tinggi.Malah nama blog yang sedemikian juga akan menyusahkan proses promosi blog dari mulut ke mulut. Cuba promosikan URL blog kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com pada telinga rakan anda. Mahu terkial-kial dia hendak ingat. Namun jika alamatnya sekadar KalamUmmah.blogspot.com, ini akan memudahkan seseorang untuk menaip terus URL blog ini di Address Bar. Malah nama KalamUmmah ini kelihatan lebih profesional.---

NOTA KAKI[1] Keputusan ini mungkin akan berubah di masa hadapan.

No comments: