Tuesday, November 11, 2008

Dinner asrama

tanggal 1 november yang lalu, Asrama SMK Sungai Pusu telah mengadakan Majlis Makan Malam Asrama 2009 di Dewan Mutiara Bestari. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Majlis Perwakilan Asrama sesi 2007/2008, pelajar tingkatan lima dan semua pelajar asrama. Tema majlis ini adalah 'Smart and Gorgeous' yang bermaksud segak dan menawan, satu tema yang pernah dilakukan pada setiap hari khamis di mana semua pelajar lelaki mesti berpakaian segak dan pelajr perempuan mesti memakai baju batik asrama atau baju kurung hijau (dalam majlis ini tak dela camtuh....baju yang sesuai dengan tema jer lah).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Ketua Asrama sesi 2007/2008 dan ucapan pengetua serta perasmian majlis. Kemudian disusuli pula dengan persembahan daripada pelajar tingkatan satu, cabutan bertuah dan penyampaian anugerah khas. Selain itu, terdapat persembahan daripada tingkatan dua, persembahan multimeldia daripada pelajar tingkatan tiga dan lima serta persembahan multimeldia asrama. Anugerah Khas yang diadakan ialah anugerah disiplin terbaik, anugerah personaliti terbaik, loker terbaik, dorm terbaik, ibnu terbaik( eh ader ker?) yang pastinya ada tokoh asrama yang disandang oleh abang hudz dan kak shahirah. Terdapat juga penyampaian hadiah untuk ketua dorm dan ketua ibnu. Grand Prize cabutan bertuah disandang oleh ( betolker ayat nih????) oleh faez fikri @ pinky.......(sedey huhu). Sepatutnya penyampaian hadiah karnival sukan asrama diadakan tetapi disebabkan oleh masa yang tidak mencukupi, penyampaian itu hanya dilakukan kemudian.

Konklusinya, masih banyak kelemahan yang ketara dari segi perlaksanaan majlis. Jutaan kemaafan dari Majlis Perwakilan Pelajar Asrama sesi 2008/2009 kerana tidak mampu memberikan yang terbaik bagi majlis ini kerana kelemahan dan kecuaikan kami. Hujung kata, maafkan kesalahan dan kekurangan kami dalam majlis ini dan kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada anda semua pada masa hadapan (aku mc ker????)

No comments: