Friday, November 14, 2008

da cuti

salam

Akhirnya bermula cuti sekolah.
Tidak ku sangka masa terus berlalu
Meninggalkan masa yang terdahulu
Bagaikan semalam aku merasakan
Aku mendaftar diri ke asrama
Aku berjumpa kawan lama
Aku menunggu keputusan sekolah berasrama penuh
Aku menangis hanya kerananya
Aku melihat kawan-kawan
seorang demi seorang meninggalkan kami
Di sini
Di bumi SMKSP ini
Bagaikan semalam aku
Belajar mata pelajaran baru
Mathematics
Additional Mathematics
Biology
Physic
Kimia
Bahasa Arab Tinggi
Pendidikan Syariah Islamiyah
Pendidikan AlQuran dan AsSunnah
Bagaikan semalam
Aku menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar Asrama

Aku tidak pasti
Apakah apa yang aku lalui
Benar atau tidak
Kerana semua yang berlaku
hanya bagaikan sekelip mata sahaja

Hari ini,
Genap 42 minggu
Aku bersekolah untuk Tingkatan Empat
Bagaimana pula esok?
Esok cutilah.....


Tahun hadapan
Aku berada di Tingkatan Lima
Aku bakal merasai apa yang mereka lalui
Yang hanya telah pun berlangsung seminggu
Adakah aku bersedia menghadapinya?
Apa yang aku pasti
Segalanya akan berlaku
Bagaikan hanya dengan
Satu kelipan mata....

No comments: