Tuesday, August 26, 2008

Ramadhan menjelang tiba

Tahun ini, kita menyambut Ramadhan betul-betul setelah kita menyambut Hari Kemerdekaan kita, iaitu, pada 1 September 2008. Ramadhan ialah satu bulan dalam kalendar Islam di mana kita wajib berpuasa sepanjang bulan ini dan itu adalah satu kefardhuan. Disebalik semua benda mesti ada hikmahnya. Pelbagai hikmah kita boleh perolehi di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Ada yang mennyamakan bulan ini sebagai satu akademi taqwa untuk membentuk ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan pelbagai ibadah wajib dan sunat. Dengan berpuasa, kita seharusnya membayangkan keadaan mereka yang tidak berkemampuan untuk makan seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Kita juga perlu ingat kepada rakyat negara yang bergolak, rakyat Palestin, Afganistan, Iraq dan banyak lagi. Mereka tidak dapat mampu makan seperti kita di negara ini. Saya doakan anda semua dapat menyambut Ramadhan sebaiknya dan semoga digandakan pahala anda di bulan yang mulia ini.

No comments: