Tuesday, November 11, 2014

Tahun 4

Rasa macam nak tulis lagi pulak. 

Pejam celik-pejam celik, tidur bangun balik, tidur bangun balik, nak habis dah semester 1 tahun 4 aku ni. Macam-macam dah jadi, macam-macam dah dapat. Naik turun lif dah, naik turun tangga dah, naik turun emosi pun dah. Tempat latihan industri mohon dah, tempat latihan industri dapat pun dah (alhamdulillah).

Naruto pun dah habis dah ;____; 700 chapter habis dah (siyes aku tak baca semua, part shippuden ada yang aku miss tak silap, satu keje nak backtrack lol)

Tinggal menghitung hari nak siapkan tesis. Nak emotional breakdown aku rasa cam dah tak sempat dah. Biarlah, go on je lah. Teruskan je lah.

Macam-macam yang jadi ni malas pulak nak tulis dekat sini. Sorrylah. Siapa yang follow twitter aku, famili aku, kawan se-universiti aku, budak bilik aku tau lah apa yang terjadi sepanjang lima tahun aku dekat bumi Nilai ni.

Well, orang pun kata, apa guna kau post cerita-cerita sedih hidup kau. Apa kau ingat kau nak tagih simpati? Siyes aku baca ayat tu kat twitter, yer lah twitter kan aku kata senang nak post segala bagai. Kau sedih kau terus post, kau gembira kau post. Bila kau post yang kau cam kena emotional breakdown segala bagai, kau dicap 'attention whore' atau 'penagih simpati' orang.

Ah, apa aku kesah. Yer dari sudut hati aku, aku nak at least sorang kata 'fighting! don't be sad', well aku buat gitu kat orang, tak salah kan aku nak jugak rasa gitu. Bukan aku tak pernah dapat that kind of reply, so aku senang hati sajor sekarang ni, (kalau tak cemana lah aku leh tulis 2 blog update panjang jela-jela gini).

Semester depan nak LI, tahun depan konvo (ya Allah berilah aku peluang untuk konvo on time). 

That's all. Terima kasih baca sampai bawah. InsyaAllah aku try update benda-benda yang lagi spesifik, nak saja nak test-drive. lol.


Assalamualaikum :)

No comments: