Tuesday, August 16, 2011

Resepi ayam perap.

Salam, setelah lama sudah tak bertandang ke blog ni, akhirnya, ku gagahkan jua jari-jemariku untuk menulis sesuatu di sini (eceh, ayat tak boleh blah). Izinkan hamba menulis di dalam dwibahasa ya (dah start dah..). Okay, I've published a recipe on a dessert called "Resepi Puding Roti Jagung". Now, I'll share to all of you a marinated chicken recipe. Pastu korang cakaplah, elehh, setakat perap je. At least, I'm sharing something.

Bahan-bahan

  1. Separuh ayam, (dipotong kecil-kecil)
  2. Bawang besar-2 biji (lagi besar lagi bagus)
  3. Halia-1 inchi
  4. Bawang putih-6 ulas
  5. Serai-2 batang
  6. Lengkuas (xpenah gune lagi, so tataw)
  7. Garam & Gula
  8. Kicap manis
  9. Lada hitam kasar (giant hypermarket ade jual)
Cara-cara
  1. Potong bawang besar, halia, bawang putih, serai dan lengkuas.
  2. Blend semua bahan di atas.
  3. Lumurkan pada ayam, gaul/ramas bagi sekata
  4. Letaklah garam, gula, kicap manis dan lada hitam secukup rasa.
  5. Gaul/ramas sehingga semua bahan tersebut sebati, tambah air kalau rasa macam tak cukup
  6. Simpan dalam peti sejuk at least 1 jam.

Okay, kita dah siap perap ayam tersebut. Banyak jenis masakan boleh dibuat dengan ayam tersebut. Antara yang saya pernah cuba ialah ayam perap goreng dan juga lauk ayam perap tersebut.

Ayam perap goreng
  1. Sebelum campur dengan bahan perap, ketulan-ketulan ayam tersebut mesti dipotong kecil lagi supaya senang masak
  2. Dah perap, gorenglah seperti biasa ya.
  3. Rasanya? Emmm, macam satay ayam! 
Lauk ayam perap


  1. Tumis bawang, cili, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan bunga lawang hingga layu.
  2. Masukkan ayam perap dengan bahan-bahan perap sekali
  3. Masukkan sedikit air (lebih baik guna bekas perapan supaya tiada bahan yang tertinggal)
  4. Masak dengan api kecil dan tutup. Biar hingga mendidih.
  5. Kalau ayam dah masak, buka api besar sedikit dan masak lauk tersebut sehingga kering. (bukan kering macam rendang, bagi la ade kuah-kuah sikit)
  6. Rasa? Sedap hingga menghisap tulang. :P

So, sudah tamatlah kiranya perutusan hamba, izinkan hamba mengundur diri kerana malam sudah sampai ke lewat masanya (ah sudah, bm dah berkarat)

No comments: