Thursday, April 1, 2010

April Fool

salam...

kebodohan april? april yang bodoh? saya xphm mengapa org mahu meraikan april fool dengan mengadakan lawak yang xantarabangsa pwn, lagi nak takutkan org ade la... ari ni first of april. herm... percaya atau tidak, ada sesetengah tarikh yang selalu diraikan oleh umat sejagat mempunyai sejarah hitam dalam sejarah Islam. Sedikit informasi yang sy dpat dari blog Hembusan>(baca artikel yang lebih menarik tentang April's Fool ini)

Setiap kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut April Fool dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.

Selain 'Hari Valentine' yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih-sayang, 'April Fool' pula menjurus kepada berseloroh.

Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya. Adalah dipercayai sambutan April Fool mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.

Jadi, di mana anak anda? (eh jap asal ak merepek ni?)

So, do u hev the guts to sambut April Fool? For me, its absolutely no.

2 comments:

Asma' said...

mestila NO, hha. sarah, ank kite kt facebook, HAHA ;DD

darknight revolution said...

aku x sambot april fool...