Sunday, August 23, 2009

Ramadhan tiba lagi...

salam..

Ramadhan tiba lagi
membuka pintunya
kepada
umat yang merebut
untuk mengaut keuntungan darinya

Ramadhan tiba lagi
membuka sejarah baru
melahirkan bakal-bakal
insan yang sentiasa
mencari redha tuhannya

Ramadhan tiba lagi
aku masih di sini
masih merenung jauh
mengapa?
mengapa aku tidak seperti yang lain
merebut segala keuntungan
dari sejumlah saham yang sangat banyak

Ramadhan tiba lagi
aku mahu mula kembali
melupakan sisa-sisa kenangan
Ramadhan lalu
Ramadhan lalu yang sukar ku endahkan
biarpun sejumlah keuntungan
yang menjelma di depan mata

Ramadhan tiba lagi
azamku tahun ini
mahu mengaut keuntungan
darinya
sebanyak yang boleh
mahu mencari keberkatan
Tuhan ku yang Maha Aziz
supaya mampu aku harungi
cabaran ini
dengan penuh harapan
supaya gemilangnya dapat ku rasa
supaya kebahagiaanya dapat ku kecapi

Ramadhan tiba lagi
Ya Allah Ya Tuhanku
Hambamu yang hina ini
ku harapkan pertolongan Mu
supaya dapat ku harungi
cabaran ini
dengan penuh kesabaran
....................................................................................................

sri gombak, 2 Ramadhan, 23 ogos

1 comment:

asma' said...

betul ke nk tobat,
tp tgk superjunior lagi,, hhe;P