Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Raya n Final Exam

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua hamba Allah yang di muka bumi ini yang masih lagi menganut agamaNya yang diutuskan kepada Rasulullah SAW, yang masih lagi menegakkanya dan yang masih lagi berhempas-pulas untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar. Semoga Aidilfitri kali ini memangkin satu perubahan yang positif.
Tahun ini merupakan kali pertama saya berhari raya yang saya rasakan paling tidak dapat untuk merasa gembira kerana 2 minggu selepas itu, saya akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang memang menggerunkan. Raya tahun ini juga walaupun sukar untuk merasa gembira, apa yang pasti, tanggal 1 Syawal merupakan hari kemenangan kepada semua umat Islam. Tarikh kemenangan untuk kita melepasi Akademi Ramadhan yang banyak menguji kesabaran kita.

1 comment:

david santos said...

Real beautiful posting!
Nice cards. Good imagination!
Have a nice weekend.