Monday, September 13, 2010

Puding Roti Jagung - sebuah resepi balek kampus.

salam....

selamat hari raya ke-empat,

semalam dan kelmarin balik kampung, tapi semalam mak saya suruh buat puding roti jagung. At first, rasa cam, aiyooo~~~ malu sungguh, yer la kena kacau planta+gula+telur+susu kat depan tv sebab kat situ je ade plag kosong. Tapi berbunga jugak la hati bila atuk nenek pakcik makcik sepupu sepapat komen, sedapnya :)))) Kenapa resepi balik kampus? Sebab resepi ni sesuai dipraktikkan kalau balik rumah time weekend and cuti mid-sem, cuti raya, dan sebagainya. So easy and delicious (kalau jadila)

To be honest, korang mesti pernah buat puding roti kan? tak kesah lah puding roti biasa ke puding roti pisang ke (pernah buat), puding roti coklat ke (mak saya buat) puding roti jagung ke (eksperimen yang menjadi) and whatsoever roti pisang, so let's begin the discussion untuk buat pelbagai puding roti mengikut cita rasa. Amacam?

Puding Roti Jagung

Bahan-bahan 


  • 2 sudu besar mentega (planta or buttercup tak kesah, jangan soft margerine takut tak jadi)
  • 1 1/2 cawan gula (guna standard cawan penyukat, jangan guna cawan mug)
  • 2 biji telur (buang tali pusat, nanti hanyir)
  • 1 3/4 (1.75) cawan susu sejat (susu segar boleh jugak tapi nanti lembik pulak)
  • 7/8 keping roti (tak kesah gardenia ke high5 ke asalkan roti, roti buat sendiri boleh jugak KOT)
  • Corn kernel in da cream (alahhh yang dalam tin tu, nak yang takde krim boleh jugak, tapi better ade krim la)
  • Kismis (suka hati la nak letak ke tak nak, sedap jugak kalau letak)


Cara-cara


  1. Masukkan mentega dan gula dalam bekas yang agak besar, contoh: bekas aiskrim. Kacau mentega dan gula. Kacau sampai jadi putih, tapi takyah pun takpe, at least, the lighter the yellow, the better the bancuhan. Guna la hand-mixer machine ke tangan manual ke, 2-2 boleh.
  2. Masukkan telur 2 biji tu, kacau sampai berbuih-buih
  3. Masukkan susu, kacau sampai berbuih-buih jugak
  4. Koyak roti elok-elok dan rendam dalam bancuhan tadi. Bagi semua pieces of roti tu kuyup dengan air bancuhan, jangan ade putih-putih. Bila dah rendam, korang mesti nampak ade planta-planta yang tak soluble kan? tak pe jangan risau, planta tu gunenye nak bagi ade nampak kaler gold kat permukaan puding roti tu.
  5. Susun roti-roti tu elok-elok jadi 1 layer, dalam satu bekas yang tidak terlalu tinggi (better bekas casserole atau bekas tahan panas yang cantik sebab susah nak terbalikkan).
  6. Ratakan jagung krim tu atas layer roti tadi, ikut suka hati nak banyak ke nak sikit. Tabur kismis.
  7. Ulang step 5&6 sampai roti habis. Kalau ade lagi bancuhan yang tinggal, siram atas layer-layer roti tadi dan kalau ade planta yang tinggal, ratakan atas puding roti tu (rujuk no. 4)
  8. Panaskan ketuhar (yes, ketuhar) dengan suhu 180 degrees Celcius (453 degrees Kelvin) selama 5-10 minit.
  9. Masukkan pra-puding roti tadi dalam ketuhar dalam suhu yang sama, selama 35-40 minit.
  10. Siap dan potong je dalam bekas dan hidang dalam bekas tadi :)

10 steps je,,, (memang nampak banyak tapi senang je) Boleh buat dalam masa 15-20 minit (except masa ketuhar). Memang delicious, menjilat jari. Selamat mencuba~! :)

p/s kalau ade resepi yang better, kongsi-kongsi lah ye. :)

5 comments:

Asma' said...

wahh, sarah buat puding, nak rase! eh blk nnt nak tryla huhu :D

hamzah ian said...

gua nak p[ergi umah lu ah.. malas nak wat.. hahahhaa

Sarah Alia Shahrim said...

ouch~ jgn smpi bgtu... malas is not ok :)

Kayun said...

wah sarah..best resepi ang..hihi..nanti ku praktikkan

Melle Abadi said...

wah atleast kau reti buat tau